Sebagai peminat pakaian jenama lokal, Tempatan Fest sememangnya menjadi salah satu event yang dinanti-nantikan.

Difahamkan bahawa lokasi Tempatan Fest Kedah kali ini ditukar ke Pacific Star Parade, Alor Star. Rancangan asalnya adalah di Balai Seni Negeri, akan tetapi disebabkan oleh perkara yang tidak dapat dielakkan, berlaku perubahan lokasi.

Tapi jangan jadikan ini alasan untuk anda tidak pergi ke Tempatan Fest Kedah 2016 kali ini kerana Vendor yang ambil bahagian semua kena dengan jiwa muda anda. Lebih dari 66 jenama tempatan akan mengambil bahagian disana.

Ramai-ramai kita memeriahkan Tempatan Fest Kedah 2016.

Tarikh: 30 September & 1 October 2016 (Friday & Saturday)
Lokasi: 4th Floor, Pacific Star Parade, Jalan Telok Wanjah, Alor Star, Kedah.

Tempatan Fest Kedah 2016