Boat Noodle Yang Sangat Sedap! Memang puas jika dapat makan boat noodle dalam mangkuk yang besar dan yang sangat sedap sehingga terangkat.

Jangan risau, anda boleh menikmati nya di Little Rara Thai Noodle House yang terletak di sebelah menara HLA belakang kawasan parkir terbuka di Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur.

Lokasinya mungkin terpencil dan kurang popular tetapi gerai ini menyajikan makanan asli Thai yang sangat sedap dan enak sekali. Tengok gambar pun dah terasa sangat lapar sekarang ini.

Pemilik kedai ini adalah seorang Muslim yang berasal dari Bangkok iaitu Encik Rudi Farique Tawee Mohamed Azmi. Little Rara Thai Noodle House beroperasi setiap hari dari jam 8 malam hingga 12 malam kecuali hari Ahad.

Tunggu apa lagi, jom lah kita serbu!

Little Rara Thai Noodle House Jalan Kia Peng Bukit Bintang

Little Rara Thai Noodle House

Alamat: No 1, Jalan Kia Peng, 50450 Kuala Lumpur.
Phone: 016-305 5388
Tips: Dekat Menara HLA.

Google Maps:

Sumber & Gambar:

Instagram: Little Rara Thai Noodle House Instagram
Facebook: Little Rara Thai Noodle House Facebook