Lagu ‘Pineapple Pen Apple Pen’ kini menjadi viral di media sosial. PPAP, atau singkatan dari Pen-Pinepaple-Apple-Pen adalah lagu yang dinyanyikan oleh pelawak Jepun, Kosaka Daimaou atau lebih dikenali sebagai Piko Taro.

Lirik lagu Pen, Apple dan Pineapple yang catchy, melodi yang funky membuatkan lagu ini mudah melekat di kepala dan tanpa sedar, kita ikut menyanyikan lagu ini sekali sambil tersenyum. Sekarang video PPAP di channel Youtube Piko Taro sendiri sudah mendapat lebih dari 2,5 juta views.

“I have a pen, I have an Apple, Uh! Apple pen…! I have a pen, I have pineapple, Uh! Pineapple pen!”

Lagu Viral Pen Pineapple Apple Pen
Piko Taro aka Kosaka Daimaou

Siapa Piko Taro?

  1. Nama asal Piko Taro adalah Kazuhiko Kosaka. Beliau menggunakan nama pentas ‘DJ Kosaka Daimaou’ dan ‘Piko Taro’.
  2. Beliau merupakan seorang DJ dan juga pelawak.
  3. Watak Piko Taro pertama kali dikenalkan oleh Kosaka pada persembahan stand-up komedi.
  4. Idea memakai pakaian serba kuning untuk watak Piko Taro adalah dari watak Borsalino (Kizaru) dari anime One Piece.
  5. Pernah muncul didalam filem berjudul Nogami pada tahun 2012.

Lagu Viral Pen Pineapple Apple Pen

Offical Youtube: Piko Taro
Offical Twitter: @pikotaro_ppap