Majlis perkahwinan memang tidak meriah kalau tiada alunan kompang. Sudah menjadi tradisi orang melayu sejak dulu lagi. Tapi sekarang nampaknya budaya ini semakin pupus ditelan dek zaman.

Baru-baru ini viral di media sosial Kumpulan Kompang Lima Beradik. Memang menarik dan kreatif sekali persembahan Kompang Lima Beradik ini. Aksi koreografi unik dan juga lagu-lagu yang menarik serta persembahan mencuit hati orang ramai.

Siapa mereka ini?

Kumpulan Kompang Lima Beradik ini dianggotai oleh Muhammad Khalid Lasim, 23 serta empat adiknya, Ezzat Syafie, 20, dan Fahmi Azarul, 19. Mereka yang berasal dari Kampung Bukit Bangkong, Sungai Pelek masing-masing sudah bekerja dan ada yang masih belajar. Selain kompang, mereka juga menggabungkan alat muzik moden seperti bass drum untuk memantapkan lagi persembangan mereka.

Kumpulan Kompang Kahwin Lima Beradik

Macam mana hendak menempah mereka untuk majlis resepsi anda?

Untuk tempahan bole hubungi Fahmi (011231567) Fauzi (0123600766).

Antara video-video mereka: