Rasanya ramai penguna tahu bahawa Smart Tag yang baru ini selalu mengalami masalah skrin yang cepat rosak. Mesti fedup dengan smart tag baru ini kan?

Ada 3 pilihan untuk anda selasaikan masalah smart tag anda.

  • Cekalkan hati anda dan berserah. Terima seadanya.
  • Hantarkan Smart Tag ke Touch ‘n Go Service Centre untuk repair.
  • Anda boleh baikinya sendiri di rumah seperti dibawah ini.

Tutorial ini dikongsikan oleh saudara Azarul Ridzuan Abu Bakar.

1. Geram je aku tengok display tak cukup sifat ni. Nak tengok baki pun susah, entah 30 ringgit ke 3000 ringgit baki. Biasa topup 5000 ringgit je. Hehe.

Cara Mudah Baiki Paparan Skrin Smart Tag Anda

2. Alang2 nak repair display kita tukar bateri terus sebab bateri dah nak habis. Tekan punat dan tarik keluar penutup bateri untuk buka.

Cara Mudah Baiki Paparan Skrin Smart Tag Anda

3. Nak buka skru2 tu pakai alatan yang sesuai. Screwdriver set macam ni boleh beli kat DIY bawah 12 ringgit, tapi yang ni aku pinjam abang Haslan Mohamed punya,

Cara Mudah Baiki Paparan Skrin Smart Tag Anda

4. Cari mata skru yang sesuai. Yang ni star shape saiz kecik.

Cara Mudah Baiki Paparan Skrin Smart Tag Anda

5. Buka dua skru kat penutup atas tu.

Cara Mudah Baiki Paparan Skrin Smart Tag Anda

6. Lagi satu skru bawah pelekat bar kod ni. Tebuk terus pun boleh tapi kalau masih dalam warranty guna lah pisau nak selak. Eleh macam lah tak biasa selak2 ni. Huhu.

Cara Mudah Baiki Paparan Skrin Smart Tag Anda

7. Tudia satu skru, ha bukak lekaih.

Cara Mudah Baiki Paparan Skrin Smart Tag Anda

8. Dah bukak tiga skru kat belakang tu umpil bahagian ni sebab ada 3 lock kat kawasan tu. Umpil pelan2 je nanti dah renggang boleh buka terus.

Cara Mudah Baiki Paparan Skrin Smart Tag Anda

9. Tu nampak ada gigi lock kat celah tu.

Cara Mudah Baiki Paparan Skrin Smart Tag Anda

10. Dah terbukak penutup atas, leklu belum setel.

Cara Mudah Baiki Paparan Skrin Smart Tag Anda

11. Penutup sebelah bawah ni bukak klip kat sini dulu.

Cara Mudah Baiki Paparan Skrin Smart Tag Anda

12. Buka satu2 klip, ada empat klip belakang ni.

Cara Mudah Baiki Paparan Skrin Smart Tag Anda

13. Dah setel buka boleh tanggalkan penutup bawah dan penutup depan.

Cara Mudah Baiki Paparan Skrin Smart Tag Anda

14. Ni dalam dia.

Cara Mudah Baiki Paparan Skrin Smart Tag Anda

15. Rahsia nak bagi reben ni contact balik ialah kau gosok dengan pensel 2B pelan2 kat kawasan ni. Tolong hati2 dengan bahagian ni sebab senang tercabut.

Cara Mudah Baiki Paparan Skrin Smart Tag Anda

16. Lepas tu kau periksa balik tengok display tu dah mula ok.

Cara Mudah Baiki Paparan Skrin Smart Tag Anda

17. Jika display jadi hitam atau terkeluar tulisan2 aneh kau guna pemadam gosok kawasan tu jugak. Ulang sampai dapat hasil yang kau nak.

Cara Mudah Baiki Paparan Skrin Smart Tag Anda

18. Cara nak periksa tu mudah, guna sebelah tangan pun boleh, letak kad t&g kat situ tekan suis guna test pen atau apa2 yang boleh sampai suis tu.

Cara Mudah Baiki Paparan Skrin Smart Tag Anda

19. Nah dah kacak balik. Dah boleh pasang semula

Cara Mudah Baiki Paparan Skrin Smart Tag Anda

20. Dah siap! Boleh la kau berlagak dengan kereta lembab yang lalu touch&go sebelah tu. Huhu.

Cara Mudah Baiki Paparan Skrin Smart Tag Anda